PERSATUAN PENDUDUK DESA TEMENGGUNG
PPM-025-10-04032020
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PENDUDUK DESA TEMENGGUNG.Taraf pertubuhn adlah diperingkat negeri.
Maklumat Pertubuhan
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan serta alamat surat menyurat B-03-08 Desa Temenggung(Rumah Kedai) Pinggiran Batu Caves,68100 Batu Caves,Selangor.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah penubuhan pertubuhan bermula dengan perlantikan AJK penaja seramai 10 orang yang terdiri daripada Pengerusi,Timbalan Pengerusi,Setiausaha,Timbalan Setiausaha,Bendahari,Penolong bendahari dan empat orang ahli jawatankuasa.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat-syarat keahlian adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan keatas.Ahli adalah dari kalangan penduduk pangsapuri kawasan Desa Temenggung sahaja.Keahlian terbuka kepada kaum melayu,india dan cina.Yuran keahlian sebanyak RM 5 perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum menjadi ahli persatuan dan mendapat sokongan ajk.Yuran tahunan adalah sebanyak RM 60 setahun.Seorang pelajar universiti atau kolej tidak dibenarkan sama sekali menjadi ahli pertubuhan kecuali dibenarkan oleh Naib kanselor universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Mewujudkan perpaduan dan ikatan muhibbah dikalangan penduduk pangsapuri.Selain itu,memberi pendedahan dari aspek keselamatan dengan mengadakan pelbagai program.Mewujudkan rukun tetangga bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.Melatih penduduk untuk lebih berhemah dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar dengan mengadakan program gotong-royong tahunan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |