AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM LATIHAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN PPDT
  • PERSATUAN PENDUDUK DESA TEMENGGUNG
  • Penganjur : PERSATUAN PENDUDUK DESA TEMENGGUNG
  • Lokasi : DEWAN JMB,PANGSAPURI DESA TEMENGGUNG
  • Tel : 0133809221
  • Tarikh : 19/11/2023 - 19/11/2023
  • Masa : 8:30AM - 12:30PM
  • 72


Persatuan Penduduk Desa Temenggung telah mengadakan satu program khas iaitu PROGRAM LATIHAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN PPDT dibawah perlaksanaan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK).Program ini diadakan bertujuan memberi latihan dan pendedahan berkaitan dari segi aspek keselamatan dan mengawal kebakaran khusus kepada semua penduduk setempat.Selain itu,ia dapat memberi pendedahan juga kepada penduduk berkaitan peralatan keselamatan kerana terdapat ruang pameran peralatan yang telah disediakan.

Program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).Seramai 120 ahli persatuan,20 orang urus setia dan 10 orang penceramah yang menyertai program tersebut.Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua penduduk.Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang.