PERSATUAN PENDUDUK JALAN BPP 4, PUSAT BANDAR PUTRA PERMAI, SERI KEMBANGAN, SELANGOR
PPM-004-10-21042009
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Penubuhan Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 bermaklamat untuk:
(1) Menyatukan penduduk yang tinggal di Jalan BPP 4 , Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan Selangor.
(2) Untuk mempereratkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin di Kawasan Jalan BPP 4, Pusat Bandar Putra Permai, Selangor dan kesemua penghuni di kawasan berkenaan.
(3) Mempertingkatkan daya kepimpinan serta menjaga kebajikan dan hal ehwal penghuni Jalan BPP 4, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
(4) Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan, rekreasi, sukan dan sosial yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara dalam era pembangunan.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 yang beralamat di No 33, Jalan BPP4/3, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan mempunyai lebih daripada 150 orang ahli aktif. Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 akan mengadakan Mesyuarat Agong setiap dua (2) tahun untuk memilih jawatankuasa yang baru.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 telah didaftarkan secara rasmi pada 21 April 2009 hasil usaha penduduk yang tinggal di kawasan Jalan BPP 4, Pusat Bandar Putra Permai , Seri Kembangan, Selangor. Penubuhan Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 pada asalnya adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran taman yang selamat dengan mengadakan kawalan keselamatan berpengawal.
Syarat-Syarat Keahlian
Terbuka kepada penduduk yang berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan tinggal di Kawasan Jalan BPP 4, Pusat Bandar Putra Permai , Seri Kembangan, Selangor. Setiap rumah dihadkan seorang ahli sahaja
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Ahli dapat menikmati kelebihan seperti menggunakan fasiliti kawalan keselamatan dan kad akses, selain dapat mengeratkan hubungan antara penduduk yang tinggal di Kawasan Jalan BPP 4, Pusat Bandar Putra Permai , Seri Kembangan, Selangor.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/groups/jalanbpp4 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |