AKTIVITI | KESELAMATAN
Denggi & Pencegahannya dan Aktiviti Gotong-Royong Bebas Denggi


Program Denggi & Pencegahannya dan Aktiviti Gotong-Royong Bebas Denggi anjuran Persatuan Penduduk Jalan BPP 4 berjaya dilaksanakan pada 22 Oktober 2023.


Program ini dimulakan dengan jamuan sarapan pagi. Program ini secara rasminya bermula pada pukul 9:00 pagi, dengan ucapan perasmian oleh oleh En. Mohd Fauzi, wakil kepada Yang Berhormat En. Abbas Azmi (ADUN N29 Seri Serdang). Program diserikan juga dengan ucapan daripada wakil kepada Mr. Anbarasan Murugesu (Ahli Majlis JKP Zon 19), Puan Yusni.


Taklimat berkenaan dengan ‘Denggi & Pencegahannya’ diberikan oleh Doktor Hakimah dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang. Taklimat ini mengambil masa sekitar satu jam mendedahkan hadirin tentang bahaya wabak denggi dan cara-cara untuk pencegah pembiakan nyamuk Aedes yang seterusnya menghalang penyebaran wabak denggi. Selain itu, Doktor Hakimah turut berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya seseorang dijangkiti dengan denggi.


Program kali ini juga mendapat sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang bersetuju untuk menyediakan saringan kesihatan percuma di program ini. Saringan kesihatan percuma ini dilaksanakan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Seri Kembangan yang berjaya menyaring lebih dari 60 hadirin.


Program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong yang bermula sekitar 11:00 pagi dengan penglibatan kirakira100 orang termasuk kanak-kanak. Aktiviti gotong-royong yang mengambil masa lebih dari 2 jam berjaya membersihkan kawasan sekitar taman perumahan.


Program ini tamat kira-kira pada pukul 2:00 petang yang diakhiri dengan jamuan makan tengah-hari.