PERSATUAN PENDUDUK BAYU PERDANA , FASA 1, KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR
PPM-001-10-15022011
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk Bayu Perdana 1 dibentuk adalah bertujuan bagi menanam semangat kekeluargaan serta setiakawan dikalangan penduduk, mengambil tindakan bersama dalam semua perkara yang melibatkan antara penduduk dalam dan luar komuniti, menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan, mewakili penduduk didalam apa jua rundingan dengan pihak kerajaan dan PBT. Dalam masa yang sama penubuhan ini bertujuan untuk membantu negara melahirkan komuniti yang selamat dan harmoni di Petaling Jaya, Selangor khususnya.
Maklumat Pertubuhan
(1) Menyatukan penduduk yang tinggal di Bayu Perdana Fasa 1, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
(2) Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan
(3) Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta, dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Bayu Perdana 1 atau dikenali sebagai PPBP1 ditubuhkan pada 15 Februari 2011 dengan no pendaftaran 0636-11-SEL. Penubuhan asal bertujuan untuk memupuk semangat kekeluargaan dikalangan penduduk Bayu Perdana 1. Ini adalah bagi memastikan kejiranan Bayu Perdana 1 hidup dalam keaadan aman, selamat dan harmoni.
Syarat-Syarat Keahlian
(1) Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Bayu Perdana Fasa 1, Kota Damansara Petaling Jaya, Selangor. Bilangan tidak terhad 1 ahli untuk setiap rumah.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh satu (1) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Penyertaan kesemua program yang dirancang oleh Persatuan Penduduk Bayu Perdana 1.
- Menyuarakan pendapat pada PPBP1 untuk semua jenis cadangan/pengesyoran bagi program/isu keselamatan/penambahbaikan di Bayu Perdana 1 tanpa menunggu mesyuarat rasmi. Semua cadangan/pengesyoran boleh dinyatakan dalam bentuk pelbagai platform rasmi atau tidak rasmi.
- Aktiviti kekeluargaan boleh disertai oleh seluruh ahli keluarga yang tinggal di Bayu Perdana 1 tanpa mengira had umur.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |