AKTIVITI |
Program Keselamatan Komuniti Bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)


’Program Keselamatan Komuniti Bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

 

Program dialog/taklimat keselamatan banyak memberikan impak yang positif kepada masyarakat. Program ini adalah amat bagus untuk hubungan dua hala antara penduduk Bayu Perdana 1 dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MBPJ dan PDRM.

 

Program bersama PDRM dilaksanakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada penduduk Bayu Perdana 1 berkaitan dengan:

1.    Langkah keselamatan semasa meninggalkan rumah semasa bercuti.

2.    Isu berkaitan ’scammer’.

3.    Langkah keselamatan jika berlakunya banjir di bandar.

 

Pihak PDRM berkongsi informasi dan maklumat terkini melalui ceramah yang disampaikan dan dalam masa yang sama penduduk Bayu Perdana 1 mendapat maklumat yang tepat mengenai kes-kes jenayah yang sering berlaku dikawasan hot spot Daerah Petaling Jaya khususnya Kota Damansara supaya ia dapat diberi perhatian oleh PPBP1 dalam membantu pihak PDRM. Taklimat telah disampaikan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti. Wakil PDRM berbesar hati menyampaikan taklimat tersebut kepada penduduk dan turut bersesi dialog bagi memberi ruang dan peluang kepada pada penduduk untuk mengajukan soalan dan berkongsi idea dalam mencari solusi terbaik menangani jenayah.


Semasa program dijalankan, pihak PDRM telah mengadakan/menyediakan pameran kepada semua penduduk Bayu Perdana 1 dan tetamu yang hadir bagi menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dan jelas kepada semua yang hadir.

 

’Program Bicara Santai Bersama YB Muhammad Izuan bin Ahmad Kasim (ADUN Kota Damansara)

 

Dengan kehadiran YB ADUN Kota Damansara dan Wakil Ahli Majlis MBPJ juga membolehkan penduduk untuk menyuarakan isu-isu yang masih dalam proses tindakan MBPJ serta mempercepatkan tindakan daripada pihak MBPJ. Bagi program dialog/taklimat keselamatan yang dianjurkan, ia merupakan platform yang sangat baik bagi mengeratkan hubungan penduduk dengan ADUN KD dan Ahli Majlis Zon 3.


Program ini adalah amat penting bagi memastikan kawasan kejiranan Bayu Perdana sentiasa dalam keadaan harmoni, bersih, tempat kediaman yang selesa serta mempunyai persekitaran yang selamat untuk tinggal. Program seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat Bayu Perdana 1 dan melahirkan hubungan kekeluargaan dikalangan penduduk Bayu Perdana 1 walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga.

YB ADUN Kota Damansara (KD) juga dibawa melawat ke kawasan kejiranan Bayu Perdana 1 susulan daripada sembang santai luahan penduduk berkaitan isu-isu yang di bangkitkan iaitu:

1.    Isu pokok mati yang membahayakan jiran Bayu Perdana iaitu Apartment Tania.

2.    Isu berkaitan dengan permohonan membesarkan gazebo bagi tujuan untuk aktiviti kemasyarakatan penduduk Bayu Perdana 1.

3.    Isu kemalangan selepas persimpangan Bayu Perdana iaitu di selekoh tajam berhampiran dengan SK Seksyen 11, Kota Damansara.

4.    Memohon bantuan Ahli Majlis untuk memaklumkan kepada kontraktor supaya kerap memotong rumput di padang bolasepak kerana terdapat binatang berbisa (ular) di kawasan padang. Ini amat penting kerana anak-anak PPBP1 menggunakan padang sebagai tempat riadah bermain bolasepak.


Daripada program ini PPBP1 amat berbesar hati dengan ke prihatinan YB Adun KD dan Ahli Majlis Zon 3 dalam merealisasikan harapan Petaling Jaya sebagai bandar selamat dan harmoni. Program yang dianjurkan juga mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan jiran setempat iaitu PIBG Seksyen 11, PIBG Seksyan 4, Persatuan Penduduk Tania & JMB Tania, Persatuan Penduduk Dvilla Botany, Persatuan Penduduk Bayu Perdana 2 dan Lembaga Tadbir Masjid Kota Damansara bagi sama-sama berkongsi maklumat daripada PDRM.