PERSATUAN PENDUDUK 162 RESIDENCY RAWANG, SELAYANG
PPM-008-10-04112013
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk 162 Residency Rawang (PPM-008-10-04112013) adalah persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan khas untuk penduduk di apartment 162 Residency yang mana ditadbir dan mempunyai keahlian sepenuhnya oleh penduduk 162 Residency.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Penduduk 162 Residency Rawang ini ditubuhkan bertujuaan untuk :
- Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai permasalahan penduduk.
- Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.
- Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat berbilang kaum
- Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
- Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk seperti jenayah, gejala sosial dan memupuk sifat tanggungjawab di kalangan penduduk.
- Menganjurkan aktiviti yang berasaskan pendidikan , kebudayaan, sosial,akhlak, kebajikan dan moral untutk penduduk setempat
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk 162 Residency Rawang telah ditubuhkan pada 4 November 2013. Di awal penubuhan persatuan ini, ahli dikehendaki berdaftar melalui borang persatuan yang disediakan. Sejajar dengan kemajuan, ahli perlu berdaftar melalui borang atas talian.Buat masa ini, tiada bayaran yang dikenakan.
Aktiviti dan maklumat semasa disalurkan terus melalui whatsapp grup dan juga mesyuarat untuk perbincangan lanjut.
Aktiviti komuniti seperti gotong royong setempat bersama jabatan kerajaan, pertandingan sukan seperti bowling dan bola sepak , dan lain-lain aktiviti juga perbincangan dan penyelesaian isu semasa telah dijalankan dengan jayanya.
Syarat-Syarat Keahlian
- Terbuka hanya kepada penduduk apartment 162 Residency sahaja.
- Buat masa ini, tiada bayaran yang dikenakan bagi memberi peluang penduduk mendaftar tanpa bebanan kepada penduduk.
- Pendaftaran melalui atas talian google form
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan
- Maklumat terkini mengenai permasalahan dan aktiviti penduduk 162 Residency dapat disalurkan dan diterima oleh ahli persatuan.
- Mempertingkatkan kesedaran mengenai keharmonian masyarakat dan gejala sosial serta memupuk tanggungjawab komuniti setempat.
- Dapat menyertai kebanyakkan aktiviti dengan percuma.
Pautan Sosial Media
: | PENDUDUK 162 RESIDENCY | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |