AKTIVITI |
Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama


Persatuan Penduduk 162 Residency Rawang Selayang (PPM-008-10-04112013) telah menganjurkan satu program bertajuk Keselamatan Komuniti dan Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama menggunakan geran GPPK 2023 pada 24 Februari 2024. Program ini melibatkan Penduduk 162 Residency dewasa dan juga penglibatan kanak-kanak.Untuk dewasa, ceramah keselamatan jenayah telah diberi oleh pegawai PDRM, IPD Gombak, diketuai oleh Tuan Inspektor Muhammad Ridzuan Alang. Untuk aktiviti kanak-kanak, pihak persatuan menganjurkan pertandingan mewarna & melukis mengikut kategori umur bertemakan Keselamatan Komuniti Tanggungjawab Bersama, untuk menarik minat mereka agar dapat turut serta dan memberi kesedaran keselamatan komuniti di tempat tinggal. Pemenang juga telah dipilih oleh pihak PDRM ,bersesuaian dengan tema yang telah diberikan kepada peserta.