PERSATUAN PENDUDUK BUKIT GITA BAYU, SERI KEMBANGAN, SELANGOR
PPM-010-10-30062005
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Bukit Gita Bayu,Seri Kembangan, Selangor atau Gita Bayu Residents' Association (GBRA)
Maklumat Pertubuhan
Alamat dan tempat urusan ialah 2 Jalan Bayu 1, Bukit Gita Bayu, SErdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini bertujuan untuk
- meningkatkan kebajikan ahli dan menjaga kepentingan ahli secara keseluruhan.
- meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan, ketenteraman, dan penyelengaraan kawasan Bukit Gita Bayu.
- mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan pihak pemaju dan pihak pengurusan Bukit Gita Bayu serta wakil-wakil dari kerajaan tempatan, badan brekanun, dan/atau pihak korporat untuk mencapai matlamat 1. dan 2, seperti di atas.
- meningkatkan mutu hidup di Gita Bayu melalui caracara berikut:
4.1 meningkatkan pemikiran sivik dan kesedaran ekologi dan
alam sekitar.
4.2 memupuk integrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum
melalui pendidikan, kebudayaan, rekreasi dan activiti sosial.
5. untuk mengedarkan maklumat berkenaan Bukit Gita Bayu
melalui notis, risalah, majalah dan sebagainya kepada ahli-ahli
mengenai fasal 4.1.1 hingga 4.1.4 dan melalui kelulusan yang
tertentu daripada pihak berkuasa berkenaan.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian adalah dibuka kepada penduduk-penduduk rumah di Gita Bayu, Seri Kembangan, yang umurnya tidak kurang daripada 18 tahun dan terhad kepada satu (1) keahlian sahaja untuk tiap-tiap satu alamat di Bukit Gita Bayu. KEAHLIAN JUGA DIBUKA KEPADA WARGANEGARA BUKAN MALAYSIA. Tiap-tiap kediaman adalah layak diwakili oleh 1 ahli sahaja. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Pertubuhan ini menjaga kepentingan komuniti Bukit Gita Bayu dari segi kebersihan, keselamatan, ketenteraman, dan penyelengaraan kawasan Bukit Gita Bayu untuk keselesaan penghuni-penghuni di Bukit Gita Bayu. Setiap ahli pertubuhan ini berhak menyuarakan pendapat mereka untuk penambahbaikan keselesaan hidup di kawasan perumahan Bukit Gita Bayu.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/gitabayura/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | https://gitabayura.org/ |
Telegram | : |