AKTIVITI |
Program Latihan Bantuan Awal & CPR


Program Latihan Bantuan Awal & CPR yang diadakan pada 13 Januari 2024 di Dewan Serbaguna Kebum Mimpi, Bukit Gita Bayu telah disambut baik olek penduduk-penduduk Bukit Gita Bayu. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bukit Gita Bayu ini dijayakan dengan kerjasama Institut Latihan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan dibiayai oleh Geran GPPK 2023. Program ini dipilih untuk meningkatkan kesedaran komunity Bukit Gita Bayu terhadap langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan yang mengancam nyawa. Program ini juga membantu mengeratkan silaturahim dan semangat kejiranan dikalangan penduduk Bukit Gita Bayu.