PERSATUAN KEJIRANAN DAN KESELAMATAN TAMAN PERKOTA MELAKA
PPM-014-04-17082001
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PENGENALAN
Taman Perkota terletak di Daerah Melaka Tengah dan di Mukim Bukit Baru dan berhampiran Hospital Besar Melaka, Melaka Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
Taman Perkota dibina pada akhir 70-an dan terdapat kira-kira 220 kediaman terdiri daripada rumah teres dua tingkat, rumah berkembar dan rumah banglo. Penduduk Taman Perkota terdiri daripada pesara penjawat awam, ahli perniagaan dan profesional dari berbagai kaum.
Persatuan Penduduk Taman Perkota (Persatuan Kejiranan Dan Keselamatan Taman Perkota- PKKTP) telah ditubuhkan pada akhir tahun 2000 dan diluluskan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan berdaftar pada Ogos 2001 dengan number pertubuhan PPM-014-04-17082001.
Maklumat Pertubuhan
MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat penubuhan persatuan adalah untuk mewujudkan semangat muhibah dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara pelbagai penduduk dan kaum melalui aktiviti kejiranan, kebajikan, kemasyarakatan dan sukan serta menyediakan kemudahan dan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Perkota (Persatuan Kejiranan Dan Keselamatan Taman Perkota- PKKTP) telah ditubuhkan pada akhir tahun 2000 dan diluluskan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan berdaftar pada Ogos 2001 dengan number pertubuhan PPM-014-04-17082001.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semua penduduk penduduk Taman Perkota, Melaka yang berumur 18 tahun ke atas.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1) Kelibihan menyertai persatuan adalah untuk mewujudkan semangat muhibah dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan penduduk berbilangan kaum melalui kegiatan kejiranan, kebajikan, kemasyaratkan dan kesukanan.
2) Mengadakan apa jua bentuk kemudahan bagi keselamatan, kesesaan dan kesejahteraan penduduk.
3) Faedah lain yang tidak dapat dilihat dengan jelas kepada orang ramai ialah peningkatan nilai harta tanah perumahan yang diselenggara denagn baik dan oleh itu ia akan terdapat permintaan yang baik untuk hartanah di lokasi tersebut.
Pautan Sosial Media
: | tiada | |
Youtube | : | tiada |
: | tiada | |
: | tiada | |
TikTok | : | tiada |
Laman Web / Blog | : | tiada |
Telegram | : | tiada |