Majlis Jamuan Teh Kongsi Raya Taman Perkota 2024
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
Persatuan Penduduk Taman Perkota Melaka telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Teh Kongsi Raya Taman Perkota 2024, pada 1hb Mei 2024, 2.00 - 5.30 petang di Balai Raya Serbaguna Taman Perkota. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan ADUN Kawasan Pengkalan Batu, Hang Tuah Jaya, Melaka.
Acara Majlis termasuk Ceramah Pencegahan Jenayah dengan tajuk; Bagaimana Mengelakkan Menjadi Mangsa "Scammer" dan bagaimana untuk mengelakkan akaun bank warga emas daripada digunakan sebagai akaun Keldai, oleh DSP Nor Azlinda binti Nordin, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti . Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Penduduk Taman Perkota mendapat pengetahuan tentang cara Scammers bekerja dan dididik tentang cara mencegah daripada ditipu dan juga tindakan yang perlu diambil sekiranya penduduk mendapati akaun mereka telah dikompromi. Turut hadir ialah Ketua Polis Balai Bukit Baru.
Sijil Penghargaan telah dianugerahkan kepada YB Datuk Hjh.Kalsom Nordin atas perasmian majlis oleh YDP Persatuan Penduduk Taman Perkota En. Mohd Ronnie Koay bin Abdullah.
YB Datuk Kalsom turut diberi penghormatan untuk menyampaikan Sijil penghargaan kepada DSP Nor Azlinda dan juga wakil En. Mohd Faiz bin Zakaria, Pentadbiran Cawangan Hang Tuah Jaya, SWM Melaka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan komitmen yang tinggi pada tahun 2023.
Sijil Penghargaan juga dianugerahkan kepada Pengerusi Pertubuhan Okestra Melaka, Puan Soh Chee Chee, oleh YDP Persatuan Penduduk Taman Perkota En. Mohd Ronnie Koay bin Abdullah.
Majlis diakhiri dengan persembahan muzikal oleh Kanak-kanak daripada Pertubuhan Okestra Melaka.