PERSATUAN PENDUDUK JALAN PERMAS 14, 14/1 DAN 14/2, BANDAR BARU PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR
PPM-019-01-06082013
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Bandar Baru Permas Jaya adalah sebuah perbandaran yang merangkumi perumahan kediaman, perniagaan dan perindustrian ringan di Johro Bahru, Johor.
Persatuan Penduduk Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2 atau lebih dikenali sebagai PPJP14 adalah komuniti berpagar dan kejiranan berpengawal untuk komuniti yang tinggal di Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2.
Maklumat Pertubuhan
Menggalakkan penyertaan dan penglibatan seluruh komuniti Permas 14 dengan memberi sokongan dalam memelihara keamanan dan mrenjaga keselamatan komuniti di Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2.
Memupuk semangat kejiranan, budaya tanggungjawab sosial dan tanggungjawab bersama dalam mencapai keselesaan dan keharmonian di kawasan Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2.
Latar Belakang Pertubuhan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah meluluskan pendaftaran Persatuan Penduduk Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2 pada 6hb Ogos 2013.
Dengan adanya sokongan dari
- Ahli Majlis Zon Permas Jaya, Tuan Haji Abdul Latiff bin Ismail dan
- ketua balai polis Permas Jaya pada masa itu,Tuan Chong, badan pengurusan Persatuan Penduduk Jalan Permas 14, 14/1 dan 14/2 yang pertama, bersama-sama dengan sumbangan dan sokongan dari 110 orang penghuni, telah mulakan pamasangan pintu masuk tanpa pagar perimeter pada 16hb Januari 2014.
Persedian awal hanyalah pembinaan pondok pengawal yang ringkas dan pemasangan palang sekatan manual di laluan pintu masuk dan keluar untuk menghadkan dan mengawal akses ke kawasan kejiranan PPJP14.
Pengawal keselamatan diupah dan ditempatkan di pintu masuk serta meronda di Jalan 14, 14/1 dan 14/2 untuk kawalan keselamatan 24 jam.
Selama bertahun-tahun, persediaan kemudahan keselamatan telah ditambah baik dengan adanya pemasangan pagar perimeter, pondok pengawal keselamatan yang sesuai, pemasangan palang automatic, kegunaan sistem kad akses dan CCTV.
Kesemua kos untuk penyediaan kemudahan keselamatan komuiniti dibiayai sendiri melalui sumbangan penduduk dan diuruskan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik oleh penduduk.
Syarat-Syarat Keahlian
Semua penghuni di Jalan Permas 14, Jalan Permas 14/1 dan Jalan Permas 14/2
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Sejak penubuhan komuniti berpagar dan kejiranan berpengawal di PPJP14 pada tahun 2014, kadar jenayah setempat telah berjaya dikurangkan.
Komuniti setempat telah berganding bahu untuk membina tempat kediaman yang selamat untuk ahli keuarga kita yang tersayang dan seterusnya menikmati persekitaran hidup yang lebih selesa, harmoni dan mesra.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |