KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) SUNGAI RAMBAI
PPM-028-04-23092019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pusat Komuniti Desa (PKD ) Sungai Rambai
Km 28, Kampung Sebatu,
Jalan Muar Melaka,
77400 Sungai Rambai, Melaka.
https://goo.gl/maps/WyXhm2hY7xcLmn977
Maklumat Pertubuhan
1.Melaksanakan program / aktiviti Pusat Komuniti Desa (PKD) yang merangkumi latihan komuniti, pusat aktiviti wanita, pusat perkhidmatan setempat, kesukarelawan dan pusat pengumpulan produk usahawan desa.
2.Melaksanakan aktiviti-aktiviti lain mengikut keperluan semasa bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat.
Latar Belakang Pertubuhan
Kelab Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Rambai telah ditubuhkan pada 23 September 2019. Kelab ini telah ditubuhkan atas initiatif dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat.
Syarat-Syarat Keahlian
1.Ahli Biasa
Ahli Biasa adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Negeri Melaka dan keutamaan adalah kepada yang tinggal di komuniti desa setempat. Jumlah keahlian bagi Ahli Biasa adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua kaum tidak mengira jantina, bangsa dan keturunan.
2.Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Kelab. Keahlian bagi Ahli Kehormat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kelab PKD dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai pertubuhan adalah program yang dilaksanakan merangkumi aktiviti masakan , jahitan , senitangan dan aktiviti kesukarelawan . Yuran bagi setiap program adalah minima dan harga mampu milik bagi semua lapisan masyarakat.
Pautan Sosial Media
: | Pusat Komuniti Desa SungaiRambai | |
Youtube | : | |
: | pkdsg.rambai | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |