BERITA | KEBAJIKAN
Kelas Kuih Frozen

Pada 14 Julai 2022 , Kelab Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Rambai telah mengadakan Kelas Kuih Frozen dengan menggunakan peruntukan Geran MyICE .Program ini diadakan di Pusat Komuniti Desa Sungai Rambai ,Kampung Sebatu. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Program ini dihadiri seramai 15 orang peserta . Peserta yang dihadiri adalah kalangan B40.Antara kuih yang dipelajari adalah kuih karipap pusing, apam seri ayu, kuih rengas dan cucur badak. Peserta diajar penyediaan bagi setiap kuih dan cara untuk menyejuk bekukan kuih untuk disimpan lebih lama.