PERSATUAN PENDUDUK CAMELLIA RAFFLESIA IV PERDANA COLLEGE HEIGHTS (PPCR IV PCH)
PPM-025-05-11052015
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Timbul kesedaran untuk mewujudkan persatuan penduduk setelah dua tahun taman dibuka untuk menjaga keselamatan dan harta benda penduduk bila mana banyak berlaku kes pecah rumah dan kenderaan suatu ketika dahulu.
Maklumat Pertubuhan
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral kepada penduduk.
- Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat penduduk.
- Menggembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat pelbagai kaum.
- Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.
- Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
- Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat; seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat bertanggungjawab dan disiplin di kalangan mereka.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ditubuhkan secara rasminya pada 11 Mei 2015.
Syarat-Syarat Keahlian
- Pemilik atau penyewa hartanah mengikut lunas undang-undang berikaitan dalam cakupan kawasan fasa Camellia, Camellia Extra, Rafflesia dan Ivory Villa (unit 53 hingga 64), Taman Perdana College Heights sama ada yang bermastautin di kawasan kediaman atau sebaliknya boleh menjadi ahli.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk mempertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
- Tiap-tiap permohonan yang diluluskan hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran keselamatan seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Memantau dan membantu dalam memastikan rumah dan harta benda ahli sentiasa terkawal dan selamat.
- Memastikan peralatan keselamatan bomba sentiasa dalam keadaan baik.
- Mencegah aktiviti vandalisme seperti menconteng dan merosakkan peralatan di taman.
- Memastikan kebersihan di kawasan taman dan kediaman.
- Memastikan tidak berlaku aktiviti yang memudaratkan atau tidak sihat; seperti bertengkar atau bergaduh di dalam taman.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Penduduk Camellia Rafflesia IV Perdana College Heights | |
Youtube | : | |
: | ||
: | PPCR IV | |
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : | t.me/ppcrivpch |
Maaf! Tiada Maklumat dijumpai