AKTIVITI | SOSIAL
Program Taman Bersih Persekitaran Selamat


Program Taman Bersih Persekitaran Selamat ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Penduduk Camellia Rafflesia IV (PPCR IV) dan JPPM dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Objektif penganjuran adalah untuk memastikan persekitaran kawasan kediaman sentiasa bersih dan bebas dari ancaman nyamuk Aedes, selain menjalin hubungan akrab sesama jiran yang mementingkan kebersihan dan konsep persekitaran yang selesa dan selamat.