PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG WAWASAN BT 15 JALAN APAS TAWAU
PPM-023-12-23102020
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk Kampung Wawasan BT 15 Jalan Apas Tawau telah mendapat kelulusan pendaftaran dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Oktober 2020. Ia ditubuhkan memandangkan ketiadaan Ketua Kampung / JKKK yang berdekatan bagi menjaga kebajikan dan kemajuan kampung.
Maklumat Pertubuhan
Antara maklamat Persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai pengantara / wakil suara penduduk kepada pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk. Disamping itu melalui aktiviti-altiviti yang dijalankan dapat mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan bangsa.
Latar Belakang Pertubuhan
Memandangkan Kampung Wawasan belum digezetkan sebagai Perkampungan di daerah Tawau, maka melalui usaha beberapa penduduk kampung , satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Kampung Wawasan BT 15 Jalan Apas Tawau dijalankan pada 21 Ogos 2020. Bermula dengan 7 orang Ahli Jawankuasa sebagai pengerak , kini Persatuan ini telah memperolehi 35 orang ahli. Pelbagai aktiviti dirancang dan telah dijalankan demi kemaslahatan semua penduduk kampung.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Ahli Biasa
i. Warganegara Malaysia
ii. Umur minima 18 tahun
iii. Keturunan : Semua
iv. Agama : Semua
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan
disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha dihantar
kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
3. Tiap-tiap permohonan yang diluluskan hendaklah setelah
membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan
hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Antara kelebihan menyertai Pertubuhan ini:
- Aktiviti kejiranan dapat dijalankan.
- Dapat menyumbang idea dalam merangka aktiviti persatuan
- Dapat mengenali antara satu sama lain dikalangan penduduk kampung.
- Sebarang masalah boleh disalurkan kepada Persatuan untuk diselesaikan secara dalaman atau dimajukan kepada pihak yang berkaitan.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Penduduk Kampung Wawasan Bt15 Jalan Apas Tawau | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |