PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SALAK MURNI
PPM-004-10-22102017
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Salak Murni telah ditubuhkan pada tahun 2017. Seramai 60 orang ahli telah menyertai persatuan ini. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah di NO 39, JALAN SALAK MURNI 2, TAMAN SALAK MURNI, 43900 SEPANG, SELANGOR.
Maklumat Pertubuhan
1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
2. Mengwujudkan perpaduan di anatara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
3. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan
4. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan Pemaju Perumahan dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai masalah penduduk.
6. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin dikalangan mereka.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Salak Murni
Syarat-Syarat Keahlian
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
A. Ahli Biasa
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Taman Salak Murni 2
- Keturunan/Bangsa : Melayu
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Agama : Islam
- Kriteria Keahlian Yang Lain : Tinggal Di Taman Salak Murni 2
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itudengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan.
- Hubungan silaturahim antara penduduk lebih utuh.
- Mendidik komuniti untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
- Menanam sikap bertanggungjawab, menyayangi, hormat menghormati dan jujur dalam komuniti penduduk.
- Menjadikan komuniti yang sihat dan kekal aktif.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/jalansalakmurni2 | |
Youtube | : | |
: | https://instagram.com/salakmurni2?igshid=NjZiMGI4OTY= | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |