Program Gotong Royong Bil 3 Taman Salak Murni, Jalan Salak Murni 2





Program Gotong Royong Bil 3 Taman Salak Murni, Jalan Salak Murni 2
Tarikh: 29 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Taman Salak Murni, Jalan Salak Murni 2
Pada 29 Oktober 2022 (Sabtu), penduduk taman perumahan Taman Salak Murni telah melakukan aktiviti gotong-royong melibatkan kerja-kerja membersihkan longkang, mencantas dahan pokok, membersihkan Taman Permainan Kanak-Kanak, memotong rumput, dan lain-lain lagi. Sedikit juadah untuk sarapan pagi dan makan tengahari telah disediakan oleh AJK Kebersihan. Taklimat ringkas telah diberikan oleh AJK Kebersihan sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti gotong-royong ini melibatkan semua peringkat umur dengan turut disertai oleh ibu-bapa dan anak-anak penduduk di sini. Selain dapat menjadikan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih, penduduk juga dapat beriadah dan mengeratkan lagi kerjasama sesama penduduk dengan aktiviti sihat seperti ini.