THB SOUP KITCHEN
PPM-015-02-01112017
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Objektif penubuhan THB Soup Kitchen ini adalah untuk membantu insan yang kurang berkemampuan dengan menghidangkan makanan percuma kepada mereka. Manakala visi utama yang dipegang oleh THB ialah “Tiada insan patut hidup dalam kelaparan”
(“No one should live in hunger”).
Pertubuhan ini bukan setakat menyediakan makanan percuma, malahan ia juga memberi perkhidmatan percuma yang lain. Salah satu program ialah ‘khidmat gunting rambut percuma’ kepada warga yang memerlukannya. Sekumpulan penggunting rambut sukarela akan menyumbang perkhidmatan mereka setiap enam bulan sekali.
Selain daripada itu, pertubuhan ini juga mewujudkan satu sudut “pakaian dan barangan terpakai” untuk “kempen kitar semula”. Warga disini boleh memperolehi barangan yang masih berguna dari kedai ini.
Kami berharap pencapaian pertubuhan ini tidak setakat di sini sahaja. Kami percaya masih ramai insan yang hidup sengsara di merata tempat di Malaysia. Dan kami berharap usaha THB Soup Kitchen dapat diteruskan seiring dengan matlamat “Tiada Insan patut hidup dalam kelaparan”.
Latar Belakang Pertubuhan
THB SOUP KITCHEN merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar yang dipengerusikan oleh YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah serta dipimpin oleh Naib Pengerusinya iaitu Datuk Dr Cheng Joo An.
Sejak THB ditubuhkan, terdapat ramai golongan yang kurang berkemampuan mengunjungi kedai ini antaranya dari warga emas yang hidup bersendirian, penganggur, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan gelandangan pelbagai bangsa. Sehingga kini, lebih kurang 150 orang golongan yang kurang berkemampuan telah menjadi pelanggan tetap kedai makan ini yang beroperasi 5 hari seminggu iaitu pada hari AHAD hingga KHAMIS bermula jam 6.00petang hingga 8.00malam
Sebahagian besar kos perbelanjaan kedai ini dibiayai sendiri oleh YTM Tunku Bendahara Kedah dan hasil sumbangan dari Para Penderma tetap dan sukarela. Antara sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk bahan mentah iaitu keperluan harian dan wang ringgit.
Syarat-Syarat Keahlian
TIADA SYARAT
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Pertubuhan ini menghidangkan makanan percuma kepada insan yang kurang berkemampuan antaranya dari warga emas yang hidup bersendirian, penganggur, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan gelandangan pelbagai bangsa. Pertubuhan ini berharap, “Tiada insan patut hidup dalam kelaparan” (“No one should live in hunger”).
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |