Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina 2020

Pihak pengurusan THB Soup Kitchen merakamkan ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah sudi berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina bagi tahun 2020 anjuran THB Soup Kitchen.
Sesungguhnya keberangkatan Yang Teramat
Mulia Tunku Bendahara Kedah serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bendahara Kedah
ke majlis ini menambahkan seri dan amat bermakna kepada semua jemputan serta
warga THB Soup Kitchen.
Pihak THB Soup Kitchen telah mengenalpasti
seramai 350 orang penerima yang berkelayakan untuk menerima sumbangan di majlis
pada malam ini. Penerima adalah terdiri daripada warga THB Soup Kitchen, warga
emas, Anak-anak Yatim Dan Orang Kurang Upaya.
Sumbangan disampaikan oleh YTM Dato’ Seri
DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku
Bendahara Kedah dan YAB Datin Seri DiRaja Puan Sri Nora Binti Abdullah, Toh
Puan Bendahara Kedah.
Turut serta
YTM Tunku Iskandar Shah bin YTM Dato’ Seri
DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ,
YTM Tunku Izzudin Shah bin YTM Dato’ Seri
DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani,
Yang Berhormat Encik Tan Kok Yew Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman,
Yang Berhormat Encik Chan Ming Kai Ahli
Parlimen Alor Setar Kedah,
Yang Berbahagia Datuk Dr. Cheng Joo An Naib
Pengerusi THBSK
Turut hadir bersama Yang Berbahagia Encik
Mohamad Azhar Bin Fadziya
Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Negeri Kedah
Yang Berbahagia Encik Zakaria Bin Taib
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Kedah
Yang Berbahagia Cik Teh Yuan Ying
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar