KELAB SUKAN DAN REKREASI SUNGAI SERING, AMPANG (KERISS)
PPM-011-10-31012021
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kelab ini adalah satu inisiatif untuk penduduk setempat dalam merancang serta melaksanakan program dan aktiviti yang berfaedah dengan penglibatan semua golongan pelbagai usia dalam menjaya sesuatu program. Dengan penubuhan kelab ini amatlah diterima baik daripada pelbagai golongan usia khususnya penduduk setempat.
Maklumat Pertubuhan
Kebajikan Masyarakat
Latar Belakang Pertubuhan
Kelab ini telah mengerakkan aktiviti serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan masyarakat setempat dengan mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi di sungai sering ampang, selangor. Selain itu, Mengwujudkan dan meyebarkan hakikat persaudaraan yang sebenarnya kepada seluruh masyarakat setempat yang merangkumi pelbagai aspek kebajikan dan kemasyarakatan.
Syarat-Syarat Keahlian
- Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus
- Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelab ini membantu masyarakat setempat ke arah meningkatkan produktiviti dan kualiti aktiviti yang dilaksanakan ke tahap yang lebih cemerlang dan berusaha mendedahkan masyarakat kepada aktiviti dan gerak kerja bersama yang boleh membantu membina dan meningkatkan pembangunan diri setiap masyarakat pelbagai usia.
Pautan Sosial Media
: | [email protected] | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |