BERITA | KEBAJIKAN
Kusus Asas Penyembelihan

Penyembelihan adalah diwajibkan ke atas haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam bagi memastikan daging binatang tersebut halal dimakan. Hasil tinjauan kepada sebahagian besar masyarakat masa kini, didapati mereka tidak mengetahui cara penyembelihan menurut islam dan mereka juga mengharapkan supaya mereka dapat didedahkan mengenainya. Jesteru itu, Kelab Sukan Dan Rekreasi Sungai Sering, Ampang (KERISS) bercadang untuk menganjurkan kursus yang berkaitan kaifiat penyembelihan mengikut hukum syarak.Tujuan utama kursus ini ialah bagi memberikan pengetahuan seterusnya akan dapat melakukan penyembelihan menurut hukum syarak kepada masyarakat setempat. 


Kelab Sukan Dan Rekreasi Sungai Sering, Ampang (KERISS) mengharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua perserta yang terlibat dalam menjayakannya. Selain itu, melalui kursus ini akan dapat melahirkan masyarakat setempat yang memahami dan mendalami ilmu berkaitan dengan penyembelihan, mempraktikkan nilainilai islam dan pemahaman terhadap keperluan mendalami ilmu pemyembelihan. 


Sekian, terima kasih.