PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KENANGA (JALAN RAJA DAUD), KANCHONG DARAT
PPM-024-10-14052019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KENANGA (JALAN RAJA DAUD), KANCHONG DARAT
(PPM-024-10-14052019)
Maklumat Pertubuhan
Matlamat Persatuan adalah:
1. Mewujudkan saluran kerjasama dan persefahaman di antara penduduk, pihak berkuasa tempatan, pihak swasta dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dalam meningkatkan kemudahan prasarana, infrastruktur awam dan keselamatan kepada penduduk taman;
2. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pihak berkuasa mengenai masalah penduduk dan penyelesaian menyeluruh;
3. Mewujudkan semangat kerjasama dalam semua aktiviti sihat yang diadakan demi mengeratkan silaturrahim dan semangat perpaduan yang tinggi dikalangan penduduk taman tanpa mengira latarbelakang bangsa, keturunan, budaya, fahaman politik dan pendidikan;
4. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan, kebudayaan, sosial, kesihatan, akhlak, kebajikan, kekeluargaan, komuniti dan moral untuk penduduk taman;
5. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk taman tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab, hormat menghormati, toleransi dan displin di kalangan penduduk taman; dan
6. Mengadakan tabung pendidikan untuk membantu anak-anak ahli yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi mengikut kemampuan pertubuhan
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini sebuah pertubuhan berdaftar yang diluluskan penubuhannya di bawah Akta Pertubuhan 1966 pleh Pendaftar Pertubuhan, Malaysia pada 14 Mei 2019.
Syarat-Syarat Keahlian
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
- Keturunan/Bangsa : Melayu
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Agama : Islam
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Terbuka kepada para penduduk bagi 23 kediaman dan 4 lot kedai yang terdapat di Taman Kenanga, Jalan Raja Daud, Kanchong Darat, Banting yang berbangsa Melayu dan beragama Islam atas dasar status tanah di taman perumahan ini adalah Tanah Rizab Melayu. mempunyai sifat saling hormat menghormati, waras, bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/groups/1657192774521760 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |