Program Pemantapan Keselamatan Persekitaran Taman Kenanga (Jalan Raja Daud)





Program 2: Program Pemantapan Keselamatan Persekitaran Taman Kenanga (Jalan Raja Daud)
Program ini adalah merupakan program yang telah dirangka bagi aktiviti bagi tahun 2022 dengan menggunakan peruntukan Geran MyICE 2022. Aktiviti yang dijalankan adalah pemasangan pagar keselamatan di kawasan ancaman dan laluan binatang liar (anjing, biawak dan babi hutan) secara gotong royong.
Program 2: RM8,000.00
Melalui program-program yang telah berjaya dilaksanakan ini, peruntukan dari geran MyICE yang diperolehi telah dapat mengoptimumkan perbelanjaan dan perlakasanaan aktiviti yang dirancang seterunya mampu mencapai obkjektif program yang telah dirangka.
Dengan perlaksanaan program seumpama ini, objektif utama program telah mampu dicapai untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga taman dalam mencegah penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran disamping mewujudkan platform perkongsian maklumat antara komuniti dan pihak berkuasa yang berkaitan serta memberikan pendedahan kepada komuniti berkaitan kaedah yang lebih berkesan dalam menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran.