KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TEHEL
PPM-025-04-23092019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TEHEL, MELAKA (selepas daripada ini disebut sebagai "Kelab PKD").
Takrif Nama : Kelab Pusat Komuniti Desa hendaklah bermaksud Kelab yang
membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat.
Maklumat Pertubuhan
Melaksanakan program/aktiviti Kelab PKD yang merangkumi latihan komuniti,
pusat aktiviti wanita, pusat perkhidmatan setempat, kesukarelawan dan pusat
pengumpulan produk usahawan desa.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah Penubuhan
- Salah satu inisiatif KKDW untuk membantu meningkatkan taaf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Syarat-Syarat Keahlian
4.1 Kriteria keahlian Kelab PKD adalah seperti berikut:
A. Ahli Biasa
Ahli Biasa adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun
dan ke atas yang tinggal di Negeri Melaka dan keutamaan adalah kepada
yang tinggal di komuniti desa setempat. Jumlah keahlian bagi Ahli Biasa
adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua kaum tidak mengira jantina,
bangsa dan keturunan.
B. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada Kelab PKD. Keahlian bagi Ahli Kehormat akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Kelab PKD dan terkecuali dari pembayaran
yuran.
4.2 Tiap-tiap permohonan keahlian hendaklah dicadangkan dan dihantar kepada
Setiausaha. Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan tersebut
kepada Jawatankuasa Kelab PKD untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa
Kelab PKD boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
4.3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang
tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran pertama
seperti yang ditetapkan sebelum diterima menjadi ahli Kelab PKD.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai pertubuhan ini adalah peserta akan dapat info terawal setiap aktiviti pertubuhan sepanjang tahun.
Pautan Sosial Media
: | Pusat Komuniti Desa Tehel | |
Youtube | : | - |
: | Pusat Komuniti Desa Tehel | |
: | Pusat Komuniti Desa (PKD) Tehel | |
TikTok | : | - |
Laman Web / Blog | : | - |
Telegram | : | - |