BERITA | KEBAJIKAN
Kursus Kek Bajet

KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TEHEL, MELAKA telah berjaya memperolehi Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut kelab telah mengadakan program Kursus Aneka Kek Bajet. Program ini telah diadakan pada 30 Jun 2022 yang melibatkan 10 orang peserta / penduduk bertempat di sekitar Kampung Tehel dan Ayer Keroh. Antara objektif program ini adalah untuk membantu kumpulan sasar meningkatkan pendapatan disamping membina keyakinan diri dalam bidang yang diceburi serta mempertingkatkan kemahiran yang sedia ada bagi memupuk sikap berdikari dan berdaya saing dalam bidang ini.