PERSATUAN PENDUDUK TAMAN ORKID PERMAI, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
PPM-043-07-03042011
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Penubuhan persatuan penduduk bertujuan menyatupadukan penduduk bagi menangani berbagai masalah yang akan di hadapi terutamanya masalah keselamatan dan kemasyarakatan. Lokasi Taman Orkid Permai terletak dipinggir bandar Kepala Batas di dalam Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan berada di dalam Khariah Pongsu Seribu.
Terdapat beberapa fasiliti asas dan institusi pendidikan berhampiran dengan taman ini. seperti sekolah, masjid, Kolej Matrikulasi, pusat Giat Mara.
Maklumat Pertubuhan
Matlamat penubuhan Persatuan Penduduk Taman Orkid Permai (PPTOP) adalah:
1. Mengeratkan persaudaraan kemasyarakatan bagi mewujudkan satu
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
2. Menjalankan kerja-kerja amal untuk ahli dan masyarakat berbilang kaum.
3. Berikhtiar bagi mengawal dan memelihara keamanan masyarakat setempat
4. Menggalakan tolong-menolong, bantu-membantu antara satu dengan yang
lain, Kerjasama antara ahli dan masyarakat dengan konsep "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Orkid Permai (PPTOP) telah ditubuhkan pada 03 April 2011.
Syarat-Syarat Keahlian
Terbuka kepada warga negara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas dan merupakan penduduk tetap atau penyewa di Taman Orkid Permai, Kepala Batas.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Menangai isu penduduk melalui persatuan.
- Mendapat sumbangan yang berkuakuasa dari semasa ke semasa.
- Mengeratkan hubungan antara penduduk dan persatuan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
- Turut serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/people/Persatuan-Penduduk-Taman-Orkid-Permai/100068574096331/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |