AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM TINDAK BALAS KEBAKARAN


Program Tindak balas Kebakaran merupakan program yang diadakan oleh Persatuan Penduduk Taman Orkid Permai dengan kerjasama Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang melalui peruntukan MyICE daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada Penduduk Taman Orkid Permai Kepala Batas.


Pendedahan melalui taklimat dan latihan terhadap kaedah bantuan awal sewaktu berlakunya kebakaran dapat dipraktikkan oleh penduduk serta dapat memberi pendedahan dan keyakinan ketika berlaku kebakaran samada di kediaman atau dimana sahaja sementara menanti ketibaan bantuan daripada pihak BOMBA.