PERTUBUHAN PENDIDIKAN INSPIRASI SOSIAL IPOH PERAK
PPM-007-08-05122019
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Pendidikan Inspirasi Sosial Ipoh (Inspire Ipoh) ditubuhkan dan diluluskan pada Disember 2019.
Maklumat Pertubuhan
Seperti nama yang diberikan, tujuan utama pertubuhan ini ditubuhkan adalah untukmenginspirasi dan merangsang masyarakat Ipoh ke arah yang positif dalam kehidupan dari segenap segi. Menginspirasi dan merangsang masyarakat terutama golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dengan lebih proaktif dan bersistem.
Latar Belakang Pertubuhan
Voice For Hepless Stray – A Charity Gig merupakan projek pertama pertubuhan yang bakal berlangsung pada Januari 2020 di Insider Satellite Ipoh. Ia merupakan sebuah acara muzik (gig) yang bakal melibatkan pemuzik dan kugiran dan terbuka kepada pemuzik dan kugiran dari seluruh negara. Keutamaan kepada yang berada di Perak. Hasil kutipan tiket dari acara akan diserahkan kepada NGO kebajikan haiwan jalanan yang telah terpilih. [Noah's Ark Ipoh Animal Welfare]
Drug Drag You Down – A Charity Gig and Talk merupakan projek kedua pertubuhan yang dianggarkan bakal berlangsung pada Julai 2020 di Insider Satellite Ipoh. Ia merupakan sebuah acara muzik (gig) dan bual bicara yang bakal melibatkan pemuzik dan kugiran dan terbuka kepada pemuzik dan kugiran dari seluruh negara. Keutamaan kepada yang berada di Perak. Hasil kutipan tiket dari acara akan diserahkan sepenuhnya kepada NGO anti dadah telah terpilih. Untuk pembiayaan projek, pihak pertubuhan telah memohon geran projek kilat dari Cendana Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
Semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Perak.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Meningkatkan imej golongan muda terutamanya yang terlibat dalam muzik dimana golongan ini juga berminat untuk menyumbang dalam aktiviti kebajikan.
Menginspirasi dan merangsang masayarakat untuk lebih bersifat empati dan simpati ke atas semua yang tidak bernasib baik.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/inspireipoh/ | |
Youtube | : | https://www.youtube.com/channel/UCaFW9_NTRrk06-VoOf2jhWw |
: | https://www.instagram.com/inspireipoh/ | |
: | https://twitter.com/inspireipoh | |
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |