PERSATUAN DONDANG SAYANG NEGERI MELAKA.
PPM-009-04-18021975
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Kategori
TARIAN/NYANYIAN/MUZIK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Maklumat Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka (PDSNM)
Tarikh Penubuhan Persatuan : 18 Februari 1975
No. Pendaftaran : PPM.009-04-18021975
Lokasi Operasi : No.14, Jalan 6, Taman Seri Duyong,
75460, Melaka
Link Google maps : https://goo.gl/maps/3gU1ff2PQ2frNCee7
Akaun Bank : 554138004379 (Maybank Islamic Berhad)
Matlamat :
1) Untuk menjadi sebuah pertubuhan kebudayaan yang mengekalkan identiti Persembahan Dondang Sayang etnik orang melayu di negeri melaka.
2) Persatuan boleh menjalankan perniagaan untuk menjana 1 kewangan persatuan dan memiliki harta alih/tak alih untuk kepentingan persatuan dan ahli-ahli persatuan ini.
3) Persatuan boleh bergabung dengan lain-lain persatuan untuk melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan imej persatuan ini keperingkat antarabangsa.
Latar Belakang Pertubuhan
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional. Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
• seorang pemain biola;
• dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
• seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.
Syarat-Syarat Keahlian
(1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
(2) Permohonan hendaklah di buat melalui Borang yang disediakan oleh
PERTUBUHAN ini.
(3) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Bayaran masuk : RM10.00
(Ringgit Malaysia Sepuloh sahaja)
Yuran Tahunan : RM 10.00
(Ringgit Malaysia Sepuloh sahaja)
Ahli Seumur Hidup :RM 50.00 dibayar secara sekali gus
(Ringgit Malaysia Lima Puloh sahaja)
(4) Kuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan ahli baru PERTUBUHAN
ini adalah terletak secara MUTLAK kepada Jawatankuasa sahaja.
(5) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan seperti
yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(6) Ahli Biasa yang tidak membayar yuran tahunan 2 tahun berturut-turut dianggap
telah tersingkir dari menjadi ahli PERTUBUHAN ini.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Mengenali dan mempelajari seni dondang sayang.
2. Mempelajari pelbagai peralatan muzik yang digunakan.
3. Mempelajari teknik dan irama dondang sayang.
4. Mempelajari dan menghasilkan pantun untuk berdondang sayang.
5. Memperkasakan Seni Warisan Dondang Sayang.
6. Mengeratkan hubungan ukhwah sesama ahli persatuan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |