PERRTANDINGAN DONDANG SAYANG DALAM KALANGAN GENERASI MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2020





Pertandingan Dondang Sayang Dalam Kalangan Generasi Muda Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 telah diadakan pada 20 Disember 2020 bertempat di Taman Mini Malaysia & Asean Park, Ayer Keroh, Melaka.
Program Anjuran Institut Warisan Melaka dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka (PDSNM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka (JKKN Melaka) dan Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Program ini mendapat sambutan dari pelbagai peringkat umur, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris bin Haji Haron, Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir, Teknologi yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir sama pada majlis penutup ini ialah YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Setiausaha Bahagian Dasar dan Kebudayaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YBrs. Encik Nurman bin Mohd Baroldin, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), YBrs. Tuan Haji Arif Faiz Zainudin CEO Mini Malaysia & Asean Park, YBrs. Encik Zolkiflee Md Salleh Timbalan Pengerusi, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka serta ketua - ketua jabatan dari agensi Kerajaan Negeri Melaka
INSWA mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan :-
Kategori Vokal (Remaja)
Johan
Amirul Ashraff bin Mohd Hatta
Naib Johan
Mohammad Suffian bin Khirham
Ketiga
Mohd Iqbal bin Amran
Kategori Vokal (Dewasa)
Johan
Yasser Fikri bin Abu
Naib Johan
Norshafarina bt Mohd Fami
Ketiga
Hidayu Murni bt Abu Hussain
Kategori Tarian Dondang Sayang
Johan
Nyala Dance Theatre, Kuala Lumpur
Naib Johan
Tari Tari Entertaiment, Melaka
Ketiga
Sanggar Seni Warisan, Selangor