PUSAT JAGAAN WARGA ISTIMEWA KEMPAS, JOHOR BAHRU, JOHOR
PPM-007-01-14052020
KEBAJIKAN
Kategori
PUSAT JAGAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PUSAT JAGAAN YANG MENJAGA WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA YANG BERBILANG BANGSA.
Maklumat Pertubuhan
1. Matlamat Pusat Jagaan ini adalah untuk memberi tempat perlindungan dan memenuhi segala keperluan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama, Penghuni disini terdiiri daripada golongan yang kurang kemampuan kerana mereka tidak mempunyai wang yang banyak untuk menempatkan anak-anak oku mereka di Pusat Jagaan Swasta yang biasanya mengenakan bayaran yang tinggi tetapi mempunyai segala fasiliti untuk seorang pesakit.. Walaupun Pusat Jagaan kami ini tidak mempunyai Ambulan, Jururawat yang bertauliah atau pun Kenderaan yang Khas untuk membawa Penghuni kami ke Klinik atau pun Hospital kami pastikan kesihatan dan kebajikan mereka terjaga dan melindungi mereka dengan penuh prihatin dan kasih sayang.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 1993. Pengasasnya Encik. Letchumanan. Seorang bekas pemandu lori. Beliau menggunakan duit kwsp beliau sebagai modal untuk membuka Pusat Jagaan ini. Kini terdapat 44 Orang Kurang Upaya yang berbilang bangsa tinggal disini. Umur mereka dalam lingkungan 15 tahun hingga 98 tahun, Majoriti daripada mereka terdiri daripada Orang Kurang Upaya yang mempunyai masalah mental. Pada awalnya mereka tinggal di Taman Johor Jalan Ledang selama 12 tahun lalu Pengasas Pusat Jagaan ini Encik. Letchumanan menubuhkan sebuah rumah kediaman bagi penghuni sendiri dengan bantuan kewangan orang ramai dan juga sumber kewangan Pusat Jagaan ini lalu berpindah ke No.2, Jalan Banjaran 6, Kempas Baru 81200 Johor Bahru Johor pada 30hb Ogos 2005. Penghuni disini dijaga dengan penuh prihatin.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli Biasa : Kewarganegaraan Malaysia Umur Minima : 18 tahun Kawasan/Negeri tempat tinggal Ahli : JOHOR Keturunan/Bangsa : Semua Agama : Semua Jantina : Lelaki dan Perempuan Bayaran masuk : RM 10.00 Yuran : RM 20.00 Setahun Yuran Seumur hidup : RM 100.00
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Keahlian percuma kepada golongan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. 2. Yuran seumur hidup berjumlah RM100 sahaja. 3. Kami juga memperolehi Pengecualian cukai bagi Penderma yang memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan ini. 4. Memperolehi pekerja yang bertauliah dalam bidang OKU oleh kerana penghuni disini terdiri daripada Orang Kurang Upaya yang berbilang bangsa. 5. Menjalankan Pusat Jagaan ini dibawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pautan Sosial Media
: | Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas JB | |
Youtube | : | Pusat Jagaan Warga Istimewa Kempas |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |