AKTIVITI | KEBAJIKAN
SARINGAN GIGI dari Klinik Pergigian Kempas Johor


Buat pertama kalinya penghuni kami bertuah kerana mendapat peluang untuk membuat saringan gigi daripada Klinik Pergigian Kempas Johor Bahru Johor. Doktor Foo bersama dengan jururawat beliau hadir ke premises kami dan meluangkan masa lebih dari empat jam dan memeriksa gigi penghuni kami. Oleh kerana penghuni kami terdiri daripada Orang Kurang Upaya ramai daripada penghuni kami tidak memberi kerjasama dan agak aggresif semasa pemeriksa gigi mereka, Dr. Foo dan pegawai pegawainya mengendalikan mereka dengan penuh sabar. Melalui pemeriksaan pada tempoh hari temujanji telah disediakan untuk hadir ke klinik gigi mengikut masalah mereka. Sekian terima kasih.