PERTUBUHAN PUSAT JAGAAN DAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MU YU GELANG PATAH, JOHOR
PPM-036-01-30062020
KEBAJIKAN
Kategori
KANAK-KANAK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
1. Pertubuhan ini akan menguruskan sebuah pusat jagaan yang akan memberi
jagaan terhadap kanak-kanak yang berasal daripada keluarga miskin, anak
yatim, anak kepada ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain lain. pusat jagaan
ini akan dikenali sebagai pusat jagaan kanak-kanak mu yu gelang patah, johor.
2. Menganjur dan melaksana apa-apa program dan aktiviti yang difikirkan perlu
untuk membantu kanak-kanak di pusat ini meningkatkan jati diri, sahsiah dan
disiplin diri sebagai persediaan diri bagi menghadapi liku-liku hidup di
kemudian hari.
3. Menjadi contoh yang terbaik kepada badan-badan korporat lain untuk
menyumbang kearah membantu pihak kerajaan untuk menangani masalah
masyarakat yang terpinggir.
4. Bekerjasama dengan ahli-ahli untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan
aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan pusat jagaan dan pendidikan
kanak-kanak ini.
5. Merancang program kearah kebaikan ahli-ahli, kanak-kanak di pusat jagaan
ini dan masyarakat diluar dalam bidang kebajikan dan pembangunan
masyarakat.
Latar Belakang Pertubuhan
Muyu adalah nama anak syarikat didalam Kibing Group China.
Syarikat Muyu (Malaysia) Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar di Malaysia
sebagai ibu pejabat untuk syarikat - syarikat Kibing Group di luar Negara
China dan fokus nya adalah dalam pembangunan hartanah, menyediakan
tempat latihan dan pusat persidangan korporat untuk pekerja-pekerja syarikat
di luar Negara China. Dalam falsafah syarikat, pekerja Kibing Group haruslah
mempunyai pandangan yang luas serta hirono sehingga dapat mengendali
tugas dengan teratur supaya syarikat sentiasa berdaya maju , berjaya dan
menjadi pengeluar kaca yang terunggul di dunia. Disebabkan ia adalah penaja
untuk pusat jagaan kanak-kanak ini, maka nama pertubuhan ini juga
menggunakan nama "Mu Yu" itu sebagai nama untuk pertubuhan ini.
Syarat-Syarat Keahlian
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Johor
iv. Keturunan/Bangsa : Lain-lain
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Semua Pekerja Kibing Group Malaysia
Yang Beralamat Di Johor Dan Muyu Malaysia Adalah Layak Untuk
Memohon Menjadi Ahli Pertubuhan Dan Keahlian Sebagai Ahli
Pertubuhan. Ini Adalah Sah Setelah Dipersetujui Dalam Mesyuarat
Jawatankuasa. Keahlian Seseorang Ahli Terbatal Secara Automatik Selepas Ahli Tersebut Tidak Lagi Bekerja Di Kibing Group Malaysia dan Muyu Malaysia.
Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
2. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Kita dapat membantu anak-anak kecil daripada golongan anak yatim piatu dan keluarga yang kurang berkemampuan dan melahirkan anak-anak yang cemerlang dengan memberikan pendidikan awal kepada anak-anak ini.
2. Memberi sokongan supaya maju dalam pembelajaran serta bantu dana kewangan kepada anak-anak yatim dan anak golongan asnaf.
3. Membantu anak-anak yatim dan anak golongan asnaf dalam pembelajaran supaya menuju kejayaan pada masa akan datang.
4. Dapat melahirkan rasa kasih sayang dan syukur dengan membantu kebajikan dan keperluan kanak-kanak.
5.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |