KELAB PERANTAU 11 IKON ANAK PERANTAU TERENGGANU (PERANTAU 11)
PPM-014-10-09112016
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERANTAU 11 berpusat di Salak Tinggi, Sepang, Selangor & bergerak aktif
dalam program-program berkebajikan untuk faedah ahli-ahli, sukarelawan
dan masyarakat terutama melalui program Food Bank yang dikenali
sebagai "Perantau 11 Prihatin Food Bank" yang beroperasi
365 hari setahun.
Maklumat Pertubuhan
No. Pendaftaran ROS : PPM-014-010-09112016.
Alamat Rasmi : NO. 39, JALAN BAIDURI 3, TAMAN SALAK BAIDURI
43900 SEPANG, SELANGOR.
Maklumat Bank : CIMB-i CAWANGAN TAMAN NILAM, DENGKIL.
No. Akaun Semasa : 8602 7676 72.
No Telefon : 010 – 339 2020 /019-367 2200.
Email rasmi : perantau11serveratgmaildotcom
Latar Belakang Pertubuhan
Perantau 11 diwujudkan pada tahun 2015 dan diasaskan bersama oleh Fairuz Mohamad & Siti Salmih Ghani dengan matlamat utama menjadikannya sebagai satu platform bagi mengeratkan tali silaturahim anak-anak perantau Terengganu yang berhijrah/bermastautin di serata Lembah Kelang khususnya yang tinggal di Sepang dan sekitarnya.
Tanggal 9 November 2016, Perantau 11 didaftarkan sebagai NGO secara rasminya dengan nama KELAB PERANTAU 11 IKON ANAK PERANTAU TERENGGANU (PERANTAU 11) dan memulakan langkah pertama menjalinkan usahasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah penyeliaan Unit Korporat SUK Negeri bagi merealisasikan segala perancangan program yang memberi impak dan bermafaat serta memantau kebajikan perantau anak negeri bersama-sama dengan beberapa ngo perantau lain.
Menjelang tahun 2019, Perantau 11 dengan dengan kekuatan keahlian dan sukarelawan dari pelbagai bidang yang berdaftar seramai 110 orang mengorak langkah dengan lebih jauh. Dengan misi utama sebagai sebuah NGO yang menjadi mata dan telinga kerajaan, Perantau 11 sentiasa merancang serta melaksanakan pelbagai program yang memberi impak positif dan bermanafaat kepada seluruh masyarakat melalui kerjasama sebagai rakan perkongsian strategik bersama badan-badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, sektor korporat dan NGO tempatan yang lain.
Segala perancangan program, kaedah perlaksanaan yang jitu sentiasa dititikberatkan sebagai satu mekanisma bagi mencapai matlamat dan sasaran semaksima mungkin. Bagi tujuan ini, selain daripada jawatankuasa kerja yang sedia ada, Perantau 11 telah mewujudkan satu Badan Panel Penasihat terdiri daripada individu-individu berkelayakan, professional dari bidang tertentu dilantik untuk membantu, menasihat dan pemantau segala aktiviti/program yang dilaksanakan.
Akhir kata, Perantau 11 sebagai sebuah NGO berteraskan prinsip kemanusiaan secara sukarela sentiasa sedia bekerjasama membantu kerajaan didalam melaksanakan tanggunjawab sosial tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama demi memelihara keharmonian yang telah lama wujud didalam masyarakat di negara tercinta ini.
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Lembah Kelang.
iv. Keturunan/Bangsa : Pelbagai.
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Pelbagai
vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Anak Perantau Terengganu Yang Tinggal Di
Lembah Kelang.
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam
Pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.
YURAN KEAHLIAN :
1. Bayaran masuk :
RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
2. Yuran Tahunan :
RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM 100 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja)
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya
telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga
( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Setiap ahli yang berdaftar sentiasa diberi keutamaan dari segi kebajikan dan menyertai program dan aktiviti kelab yang bermanafaat dengan tujuan melahirkan masyarakat berinfomasi, berdaya saing, bantu-membantu dan inovatif.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/kelab.perantau.9 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |