BENGKEL MENJANA PENDAPATAN SECARA PASIF MELALUI SALURAN DIGITAL YOUTUBE.





Oleh kerana kesan akibat pendemik Covid-19 yang berlarutan, sebagai satu pertubuhan yang berteraskan kebajikan Perantau 11 sentiasa peka dan aktif mencari jalan membantu ahli-ahli juga masyarakat setempat yang terkesan dan hilang pekerjaan seterusnya mengugat atau kehilangan pendapatan.
Perantau 11 sentiasa bersedia membantu bagi menambah nilai program bantuan yang sedia ada iaitu “ Perantau 11 Prihatin Food Bank” yang telah diaktifkan pada Mac 2020 iaitu pada awal kemunculan wabak Covid-019 sehingga sekarang. Perantau 11 sentiasa memikirkan alternative yang lebih berkesan bagi membantu mereka-mereka yang tidak bernasib baik ini untuk mencari pendapatan secara berterusan dan stabil sepertimana sebelum serangan wabak covid-19 secara digital memandangkan sejak wabak bermula, pergerakan amat terhad dan tidak sebebas dahulu.
Alhamdullillah, melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah peruntukan Malaysian Incentive Communitty Empowerment (MyICE), Perantau 11 telah berjaya menganjurkan satu program sehari iaitu Bengkel Menjana Pendapatan Secara Pasif Melalui Saluran Digital Youtube dengan jayanya.
Objektif utama program ini adalah untuk membuka minda dan memberi kesedaran kepada umum kepentingan ilmu digital untuk menjana pendapatan secara atas talian di zaman teknologi maklumat ini di mana realitinya kita sudah ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara-negara menbangun yang lain
Program yang dijalankan ini amat berfaedah untuk peserta dan masyarakat pada amnya kerana pada era teknologi maklumat kini cara menjana pendapatan sudah berubah mengikut peredaran zaman, tiada sempadan. Program ini adalah ‘pembuka minda’ untuk peserta memahami selok belok salah satu cara mudah menjana pendapatan pasif secara maya.
Dengan wujudnya program sebegini, kebergantungan mereka yang tidak bernasib baik, fakir dan miskin kepada kerajaan dapat dikurangkan di masa hadapan. Ilmu yang bermanafaat dan membuka minda seterusnya mencetuskan semangat dan nafas baru kepada mereka.