PERSATUAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) @ PLPP BANGI
PPM-003-10-25122017
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PENGENALAN PPDK@PLPP BANGI
Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK@PLPP Bangi) adalah sebuah Pusat yang memberi perkhidmatan sokongan kepada keluarga yang mempunyai individu kelainan upaya (berkeperluan khas)/orang kurang upaya (OKU). PPDK@PLPP beroperasi di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) Bangi. Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.
Maklumat Pertubuhan
PERNYATAAN VISI DAN MISI PPDK@PLPP BANGI
1. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, PPDK@PLPP Bangi menggariskan VISI dan MISI seperti berikut:
VISI
“Mendaya upayakan orang kelainan upaya (berkeperluan khas)/kurang upaya (OKU) sebagai ahli masyarakat yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang”.
MISI
“Menjadi sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kepada orang kelainan upaya/kurang upaya (OKU) untuk meningkatkan kemahiran kendiri secara aktif bagi melahirkan sebuah Masyarakat Yang Mesra OKU di dalam komuniti setempat”.
OBJEKTIF PPDK@PLPP BANGI
2. Untuk merealisasikan Visi dan Misi penubuhan PPDK@PLPP Bangi, objektif penubuhannya adalah seperti berikut:
(i) Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang kurang upaya/kelainan upaya di dalam komuniti setempat;
(ii) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada keluarga dan masyarakat setempat supaya golongan masyarakat yang tidak berupaya diberi sokongan dalam bentuk latihan dan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan kendiri dan kualiti hidup golongan OKU;
(iii) Menyediakan sebuah pusat perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal secara ‘one-stop’ untuk meningkatkan pembangunan kendiri dan kemahiran fizikal OKU di peringkat komuniti tempatan;
(iv) Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal OKU di peringkat komuniti menerusi program/aktiviti yang disediakan; dan
(v) Membantu dan menyokong usaha Kerajaan untuk memupuk masyarakat melahirkan sebuah Masyarakat Penyayang Yang Mesra OKU.
Latar Belakang Pertubuhan
LATARBELAKANG PPDK@PLPP BANGI
Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK@PLPP Bangi) adalah sebuah Pusat yang memberi perkhidmatan sokongan kepada keluarga yang mempunyai individu kelainan upaya (berkeperluan khas)/orang kurang upaya (OKU). PPDK@PLPP Bangi ditubuhkan pada bulan Ogos 2016 dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan rujukan PPM-003-10-25122017 pada 25 Disember 2017.
Di peringkat awal penubuhan pada tahun 2016, Pertubuhan ini ditadbir urus oleh PLPP Bangi dan telah diambil alih pengurusan oleh sebuah Jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa PPDK@PLPP Bangi dengan seramai 12 orang anggota.
Pertubuhan ini menerima geran bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menampung pembayaran elaun pelatih, elaun petugas dan utiliti.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan adalah dari kalangan ibu/bapa kanak-kanak OKU yang menghantar kanak-kanak OKU ke Pusat ini. Kaedah keahlian adalah dengan membayar yuran tahunan sebanyak RM60.00 setahun atau keahlian seumur hidup sebanyak RM150.00.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai Pertubuhan ini adalah semua aktiviti yang dijalankan di dalam dan di luar Pusat ini adalah secara percuma.
Pautan Sosial Media
: | [email protected] | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |