BERITA | KEBAJIKAN
TAKWIM MESYUARAT JAWATANKUASA TAHUNAN PPDK@PLPP BANGI

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan PPDK@PLPP Bangi, Fasal 8 Jawatankuasa (5), Jawatankuasa PPDK@PLPP Bangi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Mesyuarat pertama tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fuan bin Yusof telah berlangsung pada 12 Mac 2023 (Ahad), bertempat di PPDK@PLPP Bangi. Takwim Mesyuarat tahun 2023 adalah seperti berikut:

  1. Bil.1 Tahun 2023 pada 12 Mac 2023;
  2. Bil.2 Tahun 2023 pada 10 Jun 2023;
  3. Bil.3 Tahun 2023 pada 9 September 2023; dan
  4. Bil.4 Tahun 2023 pada 9 Disember 2023;