PERSATUAN PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN MASYARAKAT SKUDAI, JOHOR BAHRU, JOHOR
PPM-010-01-11012015
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Pendidikan dan Kemahiran Masyarakat Johor merupakan sebuah persatuan di bawah Organisasi Bukan Kerajaan Malaysia merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan di Johor. Pelbagai aktiviti pendidikan telah dirancang dan akan diadakan demi kebaikan masyarakat dari segi pendidikan dan kemahiran untuk membina sifat berdikari masyarakat, meningkatkan taraf hidup masyarakat, mengasah kemahiran masyarakat dan juga membentuk intergrasi dalam kalangan masyarakat.
Maklumat Pertubuhan
Program program pendidikan dan kemahiran PPKM bertujuan memberi motivasi serta membangunkan wanita-wanita terutama suri-suri rumah dan juga pelajar – pelajar PMR/SPM/STPM yang tidak dapat menyambung pelajaran disebabkan pelbagai halangan, sebagai usahawan dalam pelbagai skils kemahiran. Program pendidikan dan kemahiran khas ditujukan kepada wanita – wanita dari kategori B40 untuk mempelajari pelbagai skil keusahawanan.
Program - program pendidikan dan kemahiran PPKM berupaya membina bakat dan secara langsung dapat membantu membina keyakinan dan sifat keusahawanan kendiri. Program sebegini juga berusaha untuk menyampaikan pelbagai informasi mengenai peluang pendapatan dalam bidang perniagaan kendiri yang secara langsung berusaha untuk menggalakkan sifat keusahawan khas di kalangan wanita.dan pelajar - pelajar tertiari.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan ditubuhkan sebagai satu tapak untuk melahirkan generasi wanita dan pelajar - pelajar bersifat keusahawanan, berdikari dan berketerampilan terutama sekali bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk terus maju namun tidak berpeluang dari segi kewangan dan pelajaran, untuk meningkatkan bakat dan menambahkan pendapatan samada menerusi perniagaan dari rumah atau pembukaan kedai. Matlamat utama persatuan ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan bakat keusahawanan memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang secara langsung membantu menjadi seorang pengurus perniagaan kendiri yang yakin di kalangan khas wanita-wanita dari semua kaum. Program yang diinisiatifkan akan memberi peluang kepada semua untuk meningkatkan pendapatan dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup mereka menerusi perniagaan persendirian ini.
Syarat-Syarat Keahlian
Umur 18 tahun dan ke atas terbuka kepada lelaki dan wanita yang mempunyai ilmu atau skil tertentu untuk membantu dalam pengajaran dan menjalankan kursus percuma
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Menjadi satu platform kepada yang ingin memberi dan berkongsi ilmu dan kemahiran kepada masyarakat demi mempertingkatkan nilai dan ekonomi keluarga masyarakat yang memerlukan
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/ppkmjohor/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |