BENGKEL PENGURUSAN STRES




.jpg)
POSTER Bengkel Pengurusan Stres telah disebarkan menerusi media sosial, kumpulan rakan - rakan, NGO - NGO sekitar Skudai untuk pendaftaran secara terbuka. Seramai 55 peserta telah mendaftar untuk program ini termasuk dewasa lelaki dan perempuan serta pelajar sekolah menengah. Bengkel telah dijalankan secara teori dan praktikal. Peserta diajar teknik - teknik deep breathing, teknik muscle relaxation, teknik Yoga dan secara langsung memberikan mereka pendedahan sebenar kepada melepaskan stres menerusi pendengaran muzik pengurangan stres. Peserta diberi peluang untuk berkongsi pengalaman stres, cara - cara yang mereka pernah mengatasi, sesi soal jawab, panduan untuk pelajar - pelajar yang mengalami stres belajar, perbincangan kajian kes menyelesaikan sesuatu masalah yang mengakibatkan stres. Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk berjumpa kaunselor dan mendapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor pakar sekiranya mengalami masalah stres yang mendalam. Peserta diberikan Nota untuk rujukan dimasa hadapan dan sijil penyertaan. Makan Tenghari dan Minuman Teh dihidangkan.