PERTUBUHAN IKHLAS JIWA MALAYSIA(PERJIWA)
PPM-017-04-06032020
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Ikhlas Jiwa Malaysia PERJIWA
Maklumat Pertubuhan
3006 Taman Ikhsan Batu Berendam 75450. Melaka.
Latar Belakang Pertubuhan
Di tubuhkan pada 06.Mac.2020.Asas penubuhan adalah seperti berikut.
1. Membantu golongan warga emas, ibu tunggal dan ibu tinggal tidak mengira bangsa dan agama di mana mereka ini di kenal pasti melalui sistem mapping yang di jalankan oleh sukarelawan pertubuhan untuk mereka yang terlepas pandang oleh pihak agensi kerajaan dalam bantuan baik pulih rumah , bantuan kesihatan dan perbelanjaan sara hidup .untuk golongan ibu tunggal pula matlamat kami juga membantu mengadakan kursus dan seminar kekeluarga dan keusahawanan bagi membantu mereka menghadapi kehidupan harian lebih yakin dan boleh menjana pendapatan keluarga tanpa bergantung dengan bantuan sahaja.bantuan untuk remaja bermasalah di antaranya mengadakan sesi kaunseling berkelompok dengan menjemput motivator yang bertauliah serta berkerjasama dengan agensi agensi kerajaan seperti aadk, kkm dan jabatan yang bersesuaian .menjalankan aktiviti gotong royong serta kegiatan komuniti sihat di beberapa negeri melalui kerjasama dengan pihak berkaitan di negeri negeri yang yang terlibat.menjadikan golongan sasar yang di kenal pasti melalui sistem aset mapping mengetahui masih ada yang prihatin .
2. Membantu kebajikan ahli dari segi memberi ilmu keusahawanan, memantapkan diri ahli dalam bidang sukarelawan badan bukan kerajaan (ngo) melaui kursus kursus tertentu dan menjadikan ahli ahli lebih effesin dalam menjalankan kerja kerja sukarelawan.selain itu juga ahli di minta untuk melihat dan mencari ahli keluarga terdekat yang memerlukan bantuan secara one off dan juga memerlukan khidmat nasihat memudahkan cara untuk memohon bantuan bantuan dari agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan masyarakat, zakat, baitulmal dan sebagai nya kerana konsep membantu bermula dengan ahli keluarga terdekat, saudara mara, jiran tetangga dan akhirnya masyarkat sekeliling. ahli juga akan di beri insuran berkelompok bagi melindungi ahli ketika menjalankan kerja sukarelawan di mana mana negeri 3. Menjalankan aktiviti amal dan kebajikan di setiap negeri yang mempunyai ahli jawatankuasa dan ahli pertubuhan
Syarat-Syarat Keahlian
- Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
a. Warganegara: Malaysia.
b. Umur Minima : 18 tahun
c. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
d. Bangsa : Semua.bangsa
e.Jantina : Lelaki & Wanita
f. Agama : Pelbagai Agama..
g.Kriteria Keahlian Yang Lain : Sesiapa yang berminat dalam aktiviti kebajikan.
- AHLI BERSEKUTU ; Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
- . AHLI KEHORMAT : Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
- .AHLI BIASA:Terdiri dari mereka yang memohon dan mendapat kelulusan 2/3 jawatankuasa.
.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kami PERJIWA sentiasa mengutamakan ahli untuk platform kebajikan maupun platform kemahiran ilmu disamping untuk masyarakat umumnya.
Pautan Sosial Media
: | Perjiwa | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | perjiwamalaysia |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |