BERITA | KEBAJIKAN
Kursus Kecantikan dan Penjagaan Diri Wanita

Persatuan Pertubuhan Ikhlas Jiwa Malaysia PERJIWA telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment ( MyIce) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Kursus Kecantikan & Penjagaan Wanita 2022. Program ini telah diadakan pada 1-2 Julai .2022 bertempat di Puteri Bay Hotel.Tanjong Puteri .Melaka.Antara objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi latihan serta membantu menaikkan sosio ekonomi keluarga golongan B40.