PERTUBUHAN KERABAT WARISAN LONG GAFFAR KELANTAN
PPM-008-03-27022013
HAK ASASI
Kategori
MANUSIA
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai kesinambungan menyatupadukan ahli-ahli kerabat Long Gaffar Kelantan.
Maklumat Pertubuhan
3.1) Sebagai satu-satunya wadah untuk menyatupadukan seluruh keturunan
warisan zuriat Al-Marhum Long Gaffar, Pengasas yang menyatukan Kerajaan
Beraja Negeri Kelantan, sebagai usaha menyambung dan mengerat silaturrahim
demi menjaga zuriat dan kelangsungan hidup, jatidiri,meningkatkan sosio-ekonomi,
1pendidikan, kesihatan, kebajikan, siasah, adat istiadat,budaya, nama baik, dan
kemuliaan Al-Marhum Long Gaffar Kelantran;
3.2)Meneruskan sejarah kegemilangan Al-Marhum Long Gaffar membantu Al-
Marhum Long Yunus menyatukan Negeri Kelantan yang mengasaskan Kesultanan
dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Kelantan hari ini, dengan menjadi pemangkin,
memberi bai'ah dan ikrar taat setia tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim
dan kemuliaan semua Raja-Raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agong yang menjadi
Payung kepada Islam, Bangsa dan Negara;
3.3)Mendidik masyarakat untuk mentaati, menghormati dan menjunjung kedaulatan
Institusi Raja-raja Melayu dan menanam semangat sayangkan anak bangsa dan
patuh Ajaran Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
3.4)Memupuk semangat kejiranan dan menghidupkan amalan gotong-royong
dalam masyarakat sebagai usaha menjadikan Malaysia kekal aman, harmoni dan
selamat;
3.5)Memberi kesedaran peri penting ahli masyarakat menjaga kesihatan dengan
mengamalkan cara hidup sihat dan berusaha mencegah pelbagai penyakit;
3.6)Menyokong Dasar Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan dalam usaha kerajaan
memartabatkan semula kebudayaan, kesenian, dan warisan Negara, bersesuaian
Negeri Kelantan merupakan "lubuk budaya" kerana kaya dengan khazanah
budaya, seni dan warisan bangsa;
3.7)Ikut serta di dalam arus perdana pembangunan Negara secara proaktif dan
menyokong semua dasar kerajaan;
3.8)Menjadi satu dari badan "Non Government Organisation (NGO)" untuk
mendidik masyarakat menjaga perpaduan memupuk semangat patriotik, Malaysia
sebagai"Bumi DiPijak, dan Langit DiJunjung" berlandaskan RUKUNEGARA, tata
adab yang menjadi amalan kita zaman berzaman berteraskan ketatanegaraan
Malaysia yang dikanunkan melalui PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA;
3.9)Mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi manfaatkan
anak bangsa selaras dengan pembangunan arus perdana negara bagi mencapai
warga yang bertaraf dunia;
3.10)Menjalankan aktiviti perniagaan, keusahawanan dan pelaburan bagi
meningkatkan tabung kewangan Pertubuhan. Semua wang atau keuntungan yang
didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana
perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,
memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian
pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah,
keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan, sungguhpun begitu,
peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan
baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan kedua-duanya kepada mana-mana
ahli atau pekerja pertubuhan ini.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Kerabat Long Gafar Kelantan pada awalnya diasaskan pada tahun 1985 oleh beberapa kerabat yang bertungkus lumus mendaftar dan menubuhkan pertubuhan ini. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tengku Ismail, Allahyarham Tuan Hassan Tuan Yusof, Allahyarhamah Tengku Wok, YM Tengku Iskandar, YM Tengku Hamzah dan YM Raja Omar. Hasil usaha gigih mereka akhirnya tertubuhlah secara rasmi Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan pada tahun 1987 di mana YM Tengku Yaakub Tengku Mohd Salleh merupakan Yang Dipertua yang pertama. Pada awal penubuhan juga, kerabat Raja Jembal Kelantan turut menyertai pertubuhan ini. Walaupun selepas mereka menubuhkan pertubuhan sendiri, mereka tetap meneruskan perhubungan silaturrahim dengan ahli kerabat Long Gaffar.
Disebabkan beberapa masalah dalaman, pertubuhan ini telah dibubarkan dan pada tahun 2013 pertubuhan ini seterusnya dinamakan semula dengan Pertubuhan Kerabat Warisan Long Gaffar Kelantan dengan terbatalnya pertubuhan yang terdahulu.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli mestilah keturunan kerabat Long Gaffar Kelantan. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Mengeratkan silaturrahim antara ahli kerabat Long Gaffar Kelantan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100087272051749 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |