BERITA | SOSIAL
Program Pemerkasaan Keluarga: Keluarga Hebat , Keluarga Sejahtera

Pada 22 Oktober 2022, Pertubuhan Kerabat Warisan Long Gaffar Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Pertubuhan CAKNA Negeri Kelantan, Persatuan Anak Muda Guntong Limbat dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan telah mengadakan "Program Pemerkasaan Keluarga: Keluarga Hebat, Keluarga Sejahtera" bertempat di Dewan Sekolah Menengan Kebangsaan Long Gafar, Kubang Keranji, Kota Bharu, Kelantan.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan membuka minda masyarakat tentang kesihatan dalam keluarga, menanam sifat prihatin dalam keluarga tentang didikan kepada anak-anak dan kaedah-kaedah menjadi ibubapa yang cemerlang untuk mendidik anak-anak pada zaman ini, memberi kesedaran kepada ahli keluarga tentang bahaya jenayah di jalanan serta mendedahkan ahli keluarga tentang peluang menjana ekonomi di rumah melalui platform e-dagang iaitu Shoppee.

Antara penceramah yang telah menyampaikan ceramah pada program ini ialah Prof. Dr.Azidah Abdul Kadir, Pakar Perubatan Keluarga, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Maruzairi Husain, Pakar Psikiatri USM, Cik Anis Amiera Muhamad Alojid, Peniaga Atas Talian, dan Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, Perunding Keselamatan Akademi KickStart. Majlis turut diserikan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan bunga.

Antara tetamu VIP yang hadir ke majlis ini termasuklah Pengerusi Pewani UiTM Kelantan, YM Tengku Adida Tengku Zainal Mulok, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Long Gafar, En. Fauzan Hassan dan Penasihat Persatuan Anak Muda Guntong Limbat, En. Mohd Hayati Sulaiman.