PERSATUAN PEMBANGUNAN DAYAK BINTULU (BANGUN)
PPM-019-13-26012021
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN) telah diluluskan pendaftarannya pada 26 Januari 2021 dengan nombor pendaftaran PPM-019-13-26012021.
Visi : Menjadi wadah pelonjak tahap ekonomi Dayak Bintulu.
Misi : Memberikan sumbangan bermakna kepada pembelajaran dan pendidikan pembangunan ekonomi Dayak Bintulu menerusi penganjuran program jaringan sosial, penyediaan prasarana, penerokaan peluang permiagaan dan penyebaran ilmu.
Motto : TOGETHER WE ACHIEVE MORE
Maklumat Pertubuhan
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
No.379 (Lot 4036), 2nd Floor, Parkcity Commerce Square, Phase 5, 97000 Bintulu, Sarawak.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan ini ditubuhkan adalah bertujuan sebagai platform untuk mendidik ahli persatuan khasnya dan dan masyarakat Dayak umumnya dari segi kemahiran dalam aspek pembangunan ekonomi, pertanian, pendidikan, kebudayaan dan kesenian.
Matlamat penubuhan:
- Untuk memupuk sensitiviti ahli persatuan akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
- Untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ahli persatuan dari aspek pembangunan ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian.
- Untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan untuk perkembangan dan pembangunan ke arah meningkatkan taraf ekonomi, kesejahteraan kehidupan, kebudayaan dan kesenian.
- Untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti sosial ke arah mengeratkan perpaduan dan persahabatan di antara ahli persatuan.
- Untuk menjalin kerjasama dengan pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan berdaftar yang lain yang mempunyai matlamat yang sama ke arah pembangunan diri ahli-ahli persatuan khasnya dan masyarakat Dayak di Bintulu amnya sejajar dengan motto persatuan TOGETHER WE ACHIEVE MOR.
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
1.Kriteria keahlian seperti berikut:
A. Ahli Biasa/Ahli Seumur Hidup
i. Warganegara Malaysia
ii. Umur minima 18 tahun
iii. Beralamat dan tinggal di Bintulu
iv. Keturunan Dayak (Sea Dayak, Land Dayak & Orang Ulu)
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada kaum lain yang bukan berketurunan Sea Dayak, Land Dayak dan Orang Ulu. Ahli ini tidak boleh mengundi dan tidak boleh memegang jawatan dalam Pertubuhan kecuali dalam Jawatankuasa Kecil sahaja.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada kaum Dayak yang berjasa kepada masyarakat, negeri atau negara dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali daripada membayar yuran.
D. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
2.Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi Borang permohonan Keahlian, dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1.Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
2.Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis . Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantung itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Persatuan ini menjadi platform untuk mendidik ahli persatuan dari segi kemahiran dalam aspek pembangunan ekonomi, pertanian, pendidikan, kebudayaan dan kesenian.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100078828560378&mibextid=ZbWKwL | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |