AKTIVITI |
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN COVID-19
  • PERSATUAN PEMBANGUNAN DAYAK BINTULU (BANGUN)
  • Penganjur : Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu (BANGUN)
  • Lokasi : Sekita bandar Bintulu dan Rumah Panjang di Ulu Kakus, Tatau, bintulu.
  • Tel : Tiada
  • Tarikh : 25/09/2021 - 26/09/2021
  • Masa : 8:00AM - 5:00PM
  • 376


Pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk di Negara kita, telah memberi kesan yang perit kepada semua terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Ramai yang hilang punca pendapatan, jatuh sakit dan pelbagai musibah yang lain. Justeru Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Covid-19 bermula 8 Julai, 2021.

 

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan asas berbentuk tunai ataupun barangan keperluan seperti beras, gula, kopi dan sebagai nya. Misi bantuan kemanusiaan ini menyasarkan golongan yang hilang punca pendapatan atau yang terjejas teruk semasa pandemic COVID-19. Seorang penerima akan dipilih secara (one-off). Bantuan akan dilakukan sekali setiap dua (2) bulan iaitu pada bulan Julai, September dan November 2021. BANGUN telah bekerjasama dengan pihak MakanKongsi 2.0 disamping menerima sumbangan daripada orang perseorangan.


Bantuan ini diterima oleh 11 penerima yang tinggal menyewa di sekitar Bandar Bintulu. Penerima menyewa di Bilik Sewa atas The Chef pasar, RPR Sebiew, Taman Kemena Sutera, Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa J5 di Batu 5. Bantuan telah diagihkan pada 25 September 2021 oleh tujuh (7) orang ahli BANGUN. Selain terputus mata pencarian, para penerima ini terkesan kerana tempat tinggal mereka kerap dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Selain itu, bantuan juga diterima oleh 13 keluarga daripada sebuah rumah panjang iaitu Rh Degom, Ng Puti, Kakus pada 26 September 2021. Seramai 10 orang ahli BANGUN telah menyertai misi bantuan ini yang melibatkan 3 buah kenderaan Pacuan $ Roda. Penduduk rumah panjang ini telah terkesan kerana baru saja tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kedudukan rumah panjang yang jauh dari pusat Bandar juga menjadi punca kesukaran penduduk di rumah panjang ini mendapatkan bekalan keperluan harian.

 

Secara keseluruhanya, program misi bantuan kemanusian ini telah berjaya mencapai objektif jangka pendek yang dihasratkan berlandaskan slogan “Tiada Orang Yang Harus Lapar”, “Bangga Membantu”, “Tiada Orang Perlu Lapar”. Bantuan, sokongan dan komitmen semua pihak terutamanya MakanKongsi 2.0 dan orang perseorangan yang terlibat menjayakan program ini amatlah dihargai. BANGUN berharap semangat sebegini diteruskan di masa akan datang.