BADAN KERJA AMAL WANITA PROFESIONAL TERENGGANU, SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BERKAT)
PPM-005-10-15082007
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
- Badan Kerja Amal Wanita Profesional Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BERKAT)merupakan sebuah badan kerja amal yang telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2007 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan diasaskan oleh sekumpulan wanita profesional yang telah bersara yang merupakan anak-anak Terengganu yang tinggal di persekitaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.
Maklumat Pertubuhan
Di antara matlamat BERKAT ia lah:
- Menyatupadukan wanita profesional Terengganu yang tinggal di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.
- Memberi khidmat bakti dan menyumbang kearah pencapaian matlamat pembangunan modal ihsan negeri Terengganu menerusi aktiviti ekonomi dan kerja amal.
- Bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk perkembangan minda, anjakan paradigma dan peningkatan ekonomi di kalangan komuniti di Terengganu.
- Menganjurkan program-program untuk membantu golongan yang memerlukan termasuk;
- Program kesihatan ‘Cakna Sihat’ untuk warga yang kurang bernasib baik di setiap daerah di Terengganu
- Ceramah ‘Impian Kerjaya’ untuk pelajar pelajar Sekolah Menengah di beberapa daerah di Terengganu
- Program “Sekolah Angkat” dimana BERKAT mengambil Sekolah Menangah Putra, Besut sebagai sekolah angkat dan telah menderma RM5,000 untuk menyediakan bilik pembelajaran Pendidikan Khas serta peralatan pembelajaran termasuk komputer riba.
- Program ‘on-line’ tusyen percuma SPM bersama cikgu pakar dengan Kerjasama Kolej Antarabangsa Innovative.
- Program kesedaran kitar semula untuk pelajar pelajar Sekolah Menengah
- Program meningkat ekonomi wanita terutama ibu tunggal termasuk pelbagai kelas masakan.
- Bantuan kewangan dan barang barang keperluan ke rumah anak yatim/asnaf dan mangsa mangsa pasca banjir. BERKAT baru ni telah melancarkan program “ BERKAT Prihatin -Mangsa Banjir 2022” dan telah mengutip sumbangan sebanyak RM7,500 dari ahli-ahli BERKAT. Sumbangan berbentuk barangan letrik, kain batik dan wang tunai telah di agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Pelandan dan Kampung Gunong di Hulu Terengganu.
- Program kelastarian ekonomi bagi memastikan sumber perkhidmatan alam sekitar tidak terjejas.
- Menerima bantuan, sumbangan atau derma daripada mana-mana pihak samada Kerajaan, Badan Korporat dan individu dengan tujuan mengembang, melaksana dan menjayakan matlamat pertubuhan. Terkini BERKAT telah menerima sumbangan sebanyak 2,000 unit ‘covid-19 saliva test kit’ dari dua sumber dan telah diedarkan kepada beberapa komuniti di Terengganu yang dilanda banjir baru baru ini.
BERKAT juga menjalinkan kerjasama strategik dengan NGO-NGO lain bagi melancarkan perlaksanaan akitivit bersama rakan strategik seperti:
- Persatuan Anak-Anak Terengganu (PESAT) – jalinan Kerjasama dengan Kerajaan negeri
- Kelab Wanita Universiti Malaysia Terengganu (MUTIARA) – meyantuni anak-anak miskin dan istimewa di Sekolah terpilih di Kuala Nerus melalui program Ramadhan Kasih dimana MUTIARA dan BERKAT bersama buat kutipan untuk membeli baucer pakaian raya dan bakul makanan untuk anak-anak dan keluarga terpilih.
- PerSoNA – pemantapan aktivit Pendidikan dengan sekolah angkat, sukarelawan dan universiti.
- ECOSWED (Setiu Wetland Discovery) – memperkasakan aktiviti alam sekitar bersama komuniti.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan BERKAT adalah atas titah saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di dalam Majlis Mengadap AJK PESAT 2005 pada 6 April 2005 di Istana Badariah, Kuala Terengganu. Baginda menyarankan agar kerja amal dan kebajikan ditingkatkan bagi membantu anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal golongan miskin dan pihak-pihak yang amat memerlukan sumbangan khidmat bakti daripada mereka yang mampu menyumbang.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli Biasa:
Terbuka kepada semua wanita profesional warga Negara Malaysia, berumur 18 tahun keatas yang berasal dari Terengganu dan tinggal di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ahli Seumur Hidup:
Terdiri daripada ahli biasa yang menjelaskan yuran keahlian sekaligus.
Ahli Bersekutu:
Terbuka kepada semua wanita warga Negara Malaysia yang bukan profesional berumur 18 ke atas, yang berasal dari Terengganu dan tinggal di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tidak layak mengundi dan memegang jawatan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Pendedahan untuk mendapat ilmu dan jaringan kerjasama di samping dapat beramal dan menjalankan aktiviti kebajikan, prihatin kepada masyarakat yang memerlukan.
Pautan Sosial Media
: | Berkat Kuala Lumpur | |
Youtube | : | |
: | Berkat | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |