AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM BERKAT PERIHATIN- ANAK ANAK MANGSA COVID-19 TERENGGANU (GERAN MyICE 2022)


PROGRAM BERKAT PRIHATIN – ANAK ANAK MANGSA COVID-19 TERENGGANU (GERAN MyICE2022)



Pandemik Covid 19 telah menggegar dunia dengan memberi impak yang meluas kepada setiap negara baik dari segi kemudahan perubatan, ekonomi yang melibat pelbagai industri, pendidikan, politik, mempengaruhi masyarakat umum dan bidang lain. Setakat 14 April 2022,mangsa Covid 19 sedunia menjangkau lebih 500 juta dan mengakibatkan kematian yang melibihi 6.3juta. Dimasa yang sama di Malaysia, mangsa Covid-19 berjumlah 4.37 juta dengan kematian melebihi 35,000.

 

Satu kesan yang amat menyedihkan ialah anak anak sekolah kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat pandemic Covid 19. Kehilangan di rasakan bukan sahaja dari segi kasih sayang tetapi juga tempat bergantung mata pencarian. Impak yang paling ketara ia anak anak dari keluarga B40 dimana keluarga tepaksa mengharapkan bantuan kerajaan, agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan jasa baik orang ramai untuk perbelanjaan harian. Jika tidak di pantau anak anak ni mungkin akan tercicir dalam pelajaran kerana berhadapan dengan berbagai masaalah termasuk kewangan dan tekanan emosi di sebabkan kehilangan ibu bapa atau penjaga.

 

Menurut data yang di terima dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, terdapat lebih dari 170 kanak kanak sekolah di Terengganu dari keluarga B40 yang kehilangan ibu bapa atau penjaga dimana 11 menjadi yatim piatu akibat Covid 19. BERKAT dengan kerjasama Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia JPPM telah mengadakan program Bantuan Prihatin Anak-Anak Mangsa Covid 19 untuk meringankan sedikit beban kewangan keluarga terlibat dan juga mengunakan masa ini untuk beramah mesra dengan keluarga terlibat.

 

BERKAT melalui program BERKAT Prihatin – Anak-Anak Mangsa Covid-19 Terengganu telah mengunakan geran MyICE2022 bersama dengan sumbangan dari ahli ahli BERKAT dan BERKAT berjaya membuat sumbangan kepada 56 pelajar dari 43 keluarga, 44 sekolah dan 8 daerah di Terengganu.  Pilihan pelajar dibuat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dimana keutamaan diberikan kepada anak yatim piatu/yatim akibat covid-19 dan penjaga mempunyai pendapatan bulanan kurang RM500 sebulan. Selain dari sumbangan untuk pelajar, satu bakul barangan keperluan harian juga di agihkan kepada setiap keluarga.

 

Agihan sumbangan bermula dari 23 Januari hingga ke 29 Januari. Agihan di 5 daerah, ia itu di Kemaman, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu di buat secara langsung kepada rumah pelajar bersama Pegawai Hal Ehwal Murid dari Pejabat Pendidkan Daerah. Sementara agihan untuk 3 daerah iaitu Besut, Dungun dan Kuala Terengganu yang melibatkan lebih pada 5 keluarga di satu daerah diadakan dalam satu majlis yang kendalikan oleh setiap Pejabat Pendidikan Daerah. 

 

Majlis majlis yang diadakan setakat 27 Januari telah berlangsung dengan baik dan menerima maklum balas yang amat positif dari penjaga penjaga, guru guru hal ehwal murid dan juga dari pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah. Mereka amat berterima kasih kepada BERKAT dan JPPM kerana sudi menyantuni anak-anak yatim piatu/yatim dan di harapkan sedikit sumbangan ini akan meringankan perbelanjaan untuk persedian “Back to School” pada bulan Mac nanti.